Dagangan Kripto Lebih Mudah, Langkah Terbaru Robinhood Buatkan Pasaran Kripto Lebih Teruja!

622

Aplikasi dagangan Robinhood pada hari ini mengumumkan pengemaskini terbaru yang membolehkan pemindahan untuk semua aset kripto yang tersenarai di platformnya. Robinhood turut menyatakan bahawa aplikasi dagangan mereka kini akan menyokong pemindahan mata wang kripto utama seperti Bitcoin, Polygon dan Shiba Inu.

Dalam satu cicipan tweet Robinhood, menyebut, “Pemindahan kripto kini sudah tersedia. Para pengguna boleh menghantar dan menerima semua aset kripto yang tersenarai di Robinhood”. Harga saham Robinhood, yang menunjukkan prestasi buruk sejak kebelakangan ini, meningkat hampir 5% sejak pengumuman tersebut.

Semua pengguna Robinhood yang termasuk dalam senarai penunggu WebWallets kini layak untuk berdagang semua mata wang kripto yang tersedia di platform.

Disisi yang berbeza, Polygon turut mengumumkan di Twitter bahawa pengeluaran dan deposit token $MATIC ERC20 kini tersedia pada aplikasi Robinhood. Polygon juga mengumumkan bahawa Reddit akan melancarkan pasaran NFT pada Polygon.

Terdapat banyak keterujaan dalam komuniti Polygon mengenai kemas kini terbaru dalam ekosistem. Sandeep, pengasas bersama 0xPolygon, menyatakan di Twitter bahawa matlamatnya adalah untuk menjadikan Polygon sebagai salah satu ekosistem blockchain yang paling terkehadapan selepas Bitcoin dan Ethereum. Harga Polygon naik lebih 10% pada $0.5743 dalam tempoh 24 jam yang lalu sebelum jatuh semula keparas $0.55.

Shiba Inu juga menyaksikan kenaikan yang ketara dalam harganya. Shiba Inu baru-baru ini melancarkan token, Treat dimana ia akan digunakan sebagai ganjaran. Shiba Inu juga menjadi salah satu token yang dipilih untuk dipegang dalam kalangan kelompok ‘whale’, dengan Shiba Inu merekodkan transaksi terbesar dalam sejarahnya. Dengan pemindahan Robinhood kini tersedia untuk $SHIB, harganya meningkat sekitar 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia kini didagangkan pada $0.0000111.

Dalam masa yang sama, terdapat ura-ura bahawa Sam Bankman-Fried, Ketua Pegawai Eksekutif FTX, sedang mengintai untuk membeli platform Robinhood. SBF baru-baru ini telah membeli 7.6% saham syarikat tersebut.

Harga saham Robinhood kini berada dalam prestasi yang kurang baik iaitu didagangkan pada $8.97, jatuh dari paras tertinggi sepanjang masa $55.01.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat