Dagangan Minyak Kembali Tak Menentu

166

Harga minyak susut dari paras tertinggi sejak Februari yang dicapainya pada sesi dagangan Rabu, diheret oleh kebimbangan berterusan pasaran terhadap permintaan yang mungkin terjejas akibat pandemik.

Terdahulu, dagangan komoditi hitam itu telah meraih sokongan daripada bacaan data inventori mingguan yang menunjukkan penurunan ketara dalam inventori minyak mentah dan peningkatan dalam pengeluaran kilang.

Namun, harga kembali susut berikutan kekhuatiran yang kembali membelenggu pasaran minyak mentah terhadap peningkatan kes coronavirus di seluruh dunia.

Pada sesi Asia, kedua-dua penanda aras minyak mentah didagangkan mendatar, dengan WTI Amerika Syarikat sedikit berubah pada $52.94 setong, sementara minyak mentah Brent pula diniagakan di sekitar $56 setong.

China mencatatkan lonjakan harian terbesar kes coronavirus dalam tempoh lebih lima bulan sehingga menyebabkan ibu kota wilayah Hebei dikenakan sekatan pergerakan.

Sementara itu, pemerintah di seluruh Eropah mengumumkan sekatan lebih ketat dan melanjutkannya untuk mengelak daripada varian baru Covid yang cepat menular dan vaksinasi dijangka tidak dapat membantu untuk dua hingga tiga bulan lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat