Dagangan Suram Hiasi Pasaran Minyak Mentah

259

Pergerakan suram menghiasi dagangan komoditi hitam, ditekan oleh prospek permintaan yang lemah di Eropah disebabkan perlambatan dalam kempen vaksinasi.

Sejak minggu lepas, beberapa negara Eropah, termasuk Jerman, Perancis dan Itali telah menangguhkan penggunaan vaksin AstraZeneca susulan laporan mengenai kesan sampingan iaitu pembekuan darah yang dialami penerima vaksin.

Ini telah menyebabkan pergerakan harga minyak mentah terbatas dan diperdagangkan di sekitar paras harga yang sama sejak awal minggu.

Turut menekan harga, adalah apabila Agensi Tenaga Antarabangsa turut mengatakan bahawa permintaan minyak mentah global tidak mungkin kembali ke tahap pra-pandemik sehingga tahun 2023.

Pada awal pembukaan sesi Eropah, niaga hadapan WTI Amerika Syarikat diniagakan susut di sekitar harga $64 setong, sementara niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan pada $67.25 setong.

Sementara itu, data rasmi bekalan minyak mentah AS yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan kenaikan sebanyak 2.4 juta tong pada minggu lepas, lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk meningkat 2.8 juta tong.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat