Dagangan USD Stabil, Debaran Pelabur Menantikan Keputusan Mesyuarat FOMC Pada Minggu Hadapan

399

Matawang dolar Amerika Syarikat diniagakan stabil awal sesi pasaran Asia pada Jumaat dan dijangka akan menunjukkan kenaikan mingguan berikutan tumpuan pelabur akan terarah kepada mesyuarat Federal Reserve untuk petunjuk kebarangkalian pemotongan kadar faedah bagi mengimbangi risiko yang semakin meningkat dan pertumbuhan global.

Mesyuarat polisi selama dua hari ahli The Federal Open Market Committee (FOMC) dijadualkan berlangsung bermula Selasa minggu hadapan. Dengan ketegangan perdagangan yang semakin meningkat, pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat bergerak perlahan dan menurun pada bulan Mei dan pasaran menjangkakan akan berlaku sekurang-kurangnya dua kali penurunan kadar sehingga akhir 2019 ini.

Mengikut indikator FedWatch oleh CME Group, peratusan jangkaan untuk kadar faedah Amerika Syarikat untuk kekal di paras semasa pada Julai ini hanya 11.3% berbanding 74.1% pada bulan lalu.

Tumpuan pelabur untuk USD hari ini turut terarah kepada data jualan runcit pada jam 8.30 malam ini untuk pemantauan permintaan domestik negara bagi ekonomi terbesar dunia itu.

Berbanding matawang Yen, dolar USD menurun sekitar 0.05% di mana Yen tidak menunjukkan sebarang reaksi yang ketara susulan rundingan terbaru antara Tokyo dan Washington pada Khamis.

Selepas pertemuan bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat Robert Lighthizer, Menteri Ekonomi Jepun Toshimitsu Motegi berkata Jepun dan Amerika Syarikat mendalami pemahaman posisi dagangan antara satu sama lain dan akan meneruskan lagi perbincangan.

Dolar Euro pula didagangkan lemah selepas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa atau International Monetary Fund (IMF), Christine Lagarde memberi amaran bahawa ketegangan perang dagang yang semakin meningkat akan memberi risiko kepada zon Euro dan situasi tersebut boleh menjurus ke arah pertumbuhan yang perlahan serta penurunan kadar inflasi.

Sementara itu, Pound Sterling masih didagangkan sekitar sekitar paras terendah lima bulan berbanding Euro pada Khamis selepas Boris Johnson mendapat sokongan tertinggi setakat ini daripada penggubal undang-undang Konservatif untuk pusingan awal pemilihan calon menggantikan Theresa May yang telah melepaskan jawatan sebagai pemimpin.

Manakala dolar AUD mencatatkan penurunan pada dagangan semalam selepas laporan data pekerjaan Australia yang dikeluarkan memaparkan bacaan yang bercampur. Dengan kebimbangan terhadap kadar pengangguran yang masih kekal berada di paras yang tinggi, menguatkan lagi jangkaan para pelabur bahawa bank pusat bakal menurunkan kadar faedah pada Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat