Dagangan Yuan China Rekodkan Paras Tertinggi Yang Baru!

381

Dagangan China Yuan melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh dua setengah tahun pada awal sesi pasaran Asia bermula minggu ini berbanding dolar didorong oleh faktor ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat.

Lonjakan harga pada carta USD/CNH pada awal sesi hari ini telah berjaya menembusi paras 7.000 mengatasi paras tertinggi yang pernah direkodkan sejak Disember 2016 yang lalu. Kenaikan memberi petunjuk bahawa pelabur meningkatkan posisi jualan ekoran lanjutan jualan terhadap matawang Yuan China.

Dagangan matawang China yang merosot itu terkesan oleh sentimen pasaran yang berisiko setelah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada minggu lalu telah mengumumkan tambahan tarif 10% yang bakal dikenakan ke atas baki barangan import China yang bernilai $300 bilion dolar.

Laporan tersebut mengejutkan pasaran pada penghujung minggu lalu ekoran pelabur menjangkakan perkembangan yang baik rundingan dagang setelah wakil pegawai dari Amerika Syarikat telah berkunjung dan berunding selama 2 hari di Shanghai untuk mendapatkan kesepakatan dalam perdagangan.

China walau bagaimanapun dilihat masih tenang menghadapi situasi genting ini. China menyatakan mereka akan bertindak balas jika tarif terbaru Amerika Syarikat berkuatkuasa pada 1 September seperti yang dirancangkan.

Laporan terbaru menyatakan China mengarahkan para pembeli dari negara mereka untuk menghentikan urusan import produk pertanian daripada Amerika Syarikat sebagai reaksi terhadap pengumuman tarif Trump tersebut.

Dengan ini, sentimen pasaran terus kekal berisiko dengan ketegangan terhadap perang dagang AS-China semakin parah dan membuatkan pelabur lebih memilih untuk beralih ke arah aset safe-haven yang lebih selamat di samping memberi kesan buruk terhadap dagangan matawang Asia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat