Dah Ada Yang ‘Open Position’ Ke? Jom Baca Sini Dulu!

693

Dalam draf nota ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell, beliau dijangka akan memberitahu bahawa ekonomi Amerika Syarikat dilihat semakin bertambah baik, tetapi pemulihan yang dicatatkan masih jauh lagi untuk lengkap sepenuhnya.

Menurut Powell, pemulihan telah berlaku dengan lebih cepat dari yang diharapkan dan ia dilihat akan menguat. Perbelanjaan isi rumah telah meningkat dan sektor perumahan juga pulih sepenuhnya.

Kenyataan ini menunjukkan optimisme bank pusat yang berhati-hati dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah petunjuk bahawa pemulihan semakin kuat.

Bagaimanapun, dagangan US dolar nampaknya tidak terkesan dengan draf tersebut yang dikeluarkan sebelum keterangan Powell dan didagangkan stabil berbanding kebanyakan matawang utama.

Powell akan memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perkhidmatan Dewan pada hari Selasa dan Jawatankuasa Perbankan Senat pada hari Rabu, yang juga bakal disertai oleh Setiausaha Perbendaharaan Janet Yellen.

Sementara itu, matawang euro yang telah meraih keuntungan dari penyusutan US dolar pada Isnin, didagangkan mendatar ketika pembukaan sesi Asia hari ini.

Ketegangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK semakin meningkat selepas blok itu mengancam untuk menghentikan eskport vaksin ke Britain. Sekiranya ini berlaku, program vaksinasi di UK mungkin akan tertangguh dan ini boleh memberi kesan pada keputusan kerajaan untuk membuka semula sekatan.

Matawang pound bergerak lemah sejak permulaan dagangan awal minggu dengan diperdagangkan di sekitar paras harga 1.38400 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat