Dah Agak! Harga Ren (REN) Pacu 40% Selepas Sokong Tiga Token Ini!

560

Menerusi ciapan di laman Twitter pada malam tadi, Ren (REN) mendedahkan Solana dan Fantom antara token terkini disokong oleh protokol yang menfokuskan kepada saling kendali (interoperability).

Penambahan tersebut secara tidak langsung menjadikan kedua-duanya sebagai token ketiga selepas Digibyte (DGB) dan Terra (LUNA).

Sejak ia disokong protokol seminggu lalu, harga REN melonjak 40% ekoran daripada komuniti dari token baru yang menunjukkan minat terhadap ekosistem Ren.

Perkembangan protokol itu sebagai kewangan terdesentralisasi dan kebolehan protokol dalam membawa token daripada blockchain lain ke rangkaian Ethereum (ETH) telah mengundang keuntungan Ren sejak awal 2021.

Momentum Ren dilihat positif bermula 26 Jan ketika mereka mengumumkan bahawa Dogecoin (DOGE) boleh dipindahkan ke rangkaian Ethereum menerusi sambungan (bridge) renDOGE.

Kemudian, ia menjadi partnership bersama Alameda pada 2 Feb, diikuti dengan integrasi protokol dengan Binance Smart Chain (BSC) pada 18 Feb telah melonjakkan harga Ren ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) baharu, $1.84 pada 19 Feb sebelum berlaku pembetulan harga menyebabkan harga Ren kembali susut di bawah $1 pada hari berikutnya.

Ren terus mengembangkan ekosistemnya menerusi integrasi bersama protokol DeFi seperti 1inch (1INCH), PancakeSwap (CAKE) dan BadgerDao (BADGER), termasuk penambahan aset cross-chain baharu seperti Digibyte (DGB), Terra (LUNA), Solana (SOL) dan Fantom (FTM).

Kolaborasi bersama Polkadot (DOT) pada Jun 2020 juga bakal membuahkan hasil untuk Ren memandangkan rangkaian Acala dalam persediaan untuk dilancarkan di rangkaian Polkadot sebagai sahaja bidaan parachain selesai.

Ketika penulisan REN didagangkan pada $1.04, susut lebih 3% dalam 24 jam. Manakala Solana (SOL) mencatatkan nilai $19.56, melonjak hampir 2% dan Fantom (FTM) pada harga $0.42, susut lebih 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat