Dah Agak! Trump vs Biden Pacu Bitcoin Lebih Tinggi Melepasi $14,000

172

Seperti yang dijangka, harga Bitcoin (BTC) menyaksikan lonjakan menjelang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada hari ini.

BTC mencatatkan lonjakan sementara sebanyak lebih 2%, melepasi paras $14,000 dalam masa dua jam ketika sesi pengundian mula ditutup bagi kebanyakan daerah AS.

Bagaimanapun, ketika penulisan aset itu mencatatkan nilai $13,912.

Ini merupakan kali ketiga Bitcoin menjadi perhatian semasa pilihan raya AS yang mana kali pertama adalah pada November 2012. Ketika itu, 1 BTC bernilai sekitar $12 manakala pada 2016 harganya melonjak lebih dari $700.

Kini nilai syiling kripto itu menghampiri $14,309, menandakan lonjakan 1,900% sejak pilihan raya 2016 dan 140,000% sejak pilihan raya 2012.

Lonjakan melepasi paras $14,000 merupakan kali kedua dalam tempoh seminggu sahaja dengan kenyataan influencer kripto terkenal New Zealand, The Crypto Lark berkenaan candle harian yang ditutup atas $14,000 bagi kali pertama sejak Januari 2018.

Faktor lonjakan lain, tidak melibatkan politik termasuklah peningkatan minat institusi terhadap matawang kripto dan keputusan PayPal menawarkan perkhidmatan kripto.

Pendekatan kripto melalui media sosial juga menyaksikan peningkatan bagi permulaan Oktober.

Buktinya, The Tie dalam laporan mingguan menyatakan jumlah kicauan memetik ‘Bitcoin’ meningkat 15% bagi Oktober dengan capaian 835,000 pengguna. The Tie juga menyatakan BTC menunjukkan pulangan positif sebanyak 30% untuk bulan Oktober berbanding pulangan 10% bagi aset Ether (ETH).

Penganalisis matawang kripto menjangkakan lonjakan menggila Bitcoin, termasuk ketidakstabilan pasaran kripto dan saham sepanjang hari pilihan raya AS pada 3 November (4 November waktu Malaysia), selagi proses pengiraan undian masih berlangsung.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat