Dah Bersedia Ke Dengan FOMC Nanti?

50

Pada isnin semalam pasaran dimulakan dengan senyap melihatkan minggu yang sangat sibuk buat pasaran tukaran matawang.

Bank of Japan ditutup semalam dengan tiada laporan ekonomi yang besar dengan pasaran saham Amerika Syarikat yang naik turun naik turun.

Matawang Greenback didagangkan rendah melawan matawang lain dengan yield 10 tahun mengakhiri sesi New York tanpa sebarang perubahan.

Sedang pelabur menantikan pengumuman daripada Federal Reserve nanti, mereka juga semakin yakin Fed tidak akan melakukan apa-apa dengan rate.

Ini sekaligus menjadi subjek yang paling penting kerana Fed dijangka mengekalkannya namun apakah yang akan mereka komen mengenai 1 kenaikan pada tahun ini iaitu pada Disember.

Tidak dinafikan bahawa Fed melihat kestabilan ekonomi namun jika Fed mengekalkan rate September maka mereka perlu melakar perubahan yang besar iaitu dengan mempunyai 1 sahaja kenaikan interest rate pada tahun ini.

Ini sekaligus akan menyebabkan kesan yang kurang baik buat US Dollar namun jika ramai daripada ahli FOMC menyatakan keinginan akan menaikkan interest rate maka US Dollar akan mengukuh.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat