Dah Boleh Siap-Siapkan Duit Untuk Beli Emas!

1,226

Harga logam berharga emas jatuh lebih rendah pada hari Khamis selepas Pfizer dan BioNTech melaporkan vaksin yang dihasilkan mereka adalah 95% berkesan untuk mencegah coronavirus.

Pada awal sesi Eropah, emas didagangkan lemah di sekitar paras harga $1,863 per auns, sementara niaga hadapan emas pula susut pada $1,860 per auns (3.35 petang waktu Malaysia).

Menambah lagi tekanan kepada logam kuning itu adalah berita dari firma Pfizer bahawa mereka mempunyai data keselamatan yang mencukupi untuk mendapat kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA).

Namun begitu, walaupun pelabur percaya bahawa syarikat farmaseutikal akan berjaya menghasilkan vaksin tetapi ia mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk diedarkan secara meluas sebelum akhir tahun ini memandangkan krisis pandemik sekarang semakin membimbangkan.

Selain itu, dagangan komoditi itu turut susut lebih rendah berikutan terkesan oleh kekuatan dolar greenback.

US dolar kembali bangkit berbanding matawang utama pada sesi dagangan hari ini berikutan penghindaran risiko (risk aversion) dalam pasaran yang telah membantu menghidupkan pemulihan dolar greenback.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat