Dah Kaya Raya Pun Kena Jimat Cermat Juga Ke? Ikuti Kisah Menarik Jutawan Muda Ini!

2,841

Todd Baldwin yang kini berusia 27 tahun dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Akibat daripada kesusahan hidup yang dihadapi, beliau terpaksa bekerja ketika baru berusia 12 tahun. Sejak itu, Todd gemar untuk menjalankan gaya hidup yang sederhana dan berjimat-cermat.

Seterusnya, semasa melanjutkan pelajaran di salah sebuah kolej, beliau telah berjaya memperoleh $30,000 melalui kerjaya sebagai personal shopper. Meskipun begitu, Todd memilih untuk tidak membelanjakan wang di mana-mana restoran atau panggung wayang seperti kawan-kawannya yang lain.

Apa yang mengejutkan ialah Todd Baldwin berjaya mencatatkan pendapatannya sebanyak $1 juta meskipun baru berusia 25 tahun. Kini, pada usia 27 tahun, pendapatan tahunan yang dimiliki ialah sebanyak $615,000 melalui sewa hartanah, pekerjaannya sebagai penjual insurans komersial serta personal shopper.

Sementara itu, beliau dan isterinya memiliki 6 hartanah yang disewakan serta berjaya mengaut keuntungan sebanyak $460,000 setiap tahun!

Berdasarkan kisah dan pengalaman hidupnya, Todd mendedahkan bahawa beliau memilih gaya hidup yang sedikit berbeza berbanding jutawan yang lain. Walaupun memiliki pendapatan 7 angka, beliau cenderung untuk berjimat-cermat.

Sehubungan dengan itu, beliau mampu untuk menyimpan sebanyak 80% daripada pendapatannya! Nak tahu apakah rahsia di sebalik kejayaan beliau?

Todd mengelakkan untuk membelanjakan wangnya untuk 2 perkara ini iaitu hiburan seperti makan di restoran atau menonton wayang dan caj akaun bank dan kad kredit yang berlebihan. Menurutnya, wang tersebut boleh digunakan untuk perkara yang lebih penting.

Buat pembayaran hutang pada masa yang ditetapkan, jadi anda tidak akan dikenakan caj tambahan.

Selain itu, beliau dan isterinya sentiasa berhati-hati ketika berbelanja untuk mengelakkan pembaziran serta kerugian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat