Dah ‘Last Minute’ Baru Pelabur Bursa Bernafsu

216

Bursa Malaysia akhirnya memperlihatkan sedikit pergerakan positif selepas mengambil isyarat prestasi cemerlang Wall Street semalaman.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 1.97 mata pada 1,467.90 sebelum naik 4.78 mata pada 1,470.71 berbanding penutupan Khamis pada 1,465.93.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 246 atasi kerugian pada 143, manakala 267 kaunter pula tidak berubah, 1,599 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 485.12 juta unit bernilai RM142.49 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, indeks KLCI dijangka memulih untuk berlegar pada paras 1,460-1,475 berdasarkan prestasi positif Wall Street.

Selain itu, prestasi sektor pembinaan dinilai bertambah baik yang dijangka akan menjadi pilihan dalam kalangan pelabur tidak lama lagi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Public Bank naik 1 sen pada RM8.63 dan RM4.42, CIMB canak 2 sen pada RM5.63, TNB lonjak 15 sen pada RM9.30 dan IHH Healthcare raih 5 sen pada RM5.90.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy dan MQ Technology canak 0.5 sen pada 4.5 sen dan 5.5 sen, Icon Offshore naik 1 sen pada 9 sen dan Infomina tambah 11 sen pada RM1.20 sementara AHB Holdings, Yew Lee Pacific, Reservoir Link dan Ni Hsin mendatar pada 14 sen, 32 sen, 42 sen dan 15.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas tambah 33.08 mata pada 10,557.69, indeks FBMT 100 canak 32.55 mata pada 10,261.20, indeks FBM Emas Shariah lonjak 37.44 mata pada 10,726.71, FBM 70 raih 37.81 mata pada 12,876.94 dan FBM ACE naik 26.52 mata pada 5,528.53.

Segi sektor, indeks Perladangan naik 6.88 mata pada 6,739.67, indeks Perkhidmatan Kewangan tambah 32.04 mata pada 16,451.86, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.08 mata pada 180.35 dan indeks Tenaga turun 2.48 mata pada 772.63.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat