Dah Pesan Hati-Hati Kan? Tengok! Pound Dah Jatuh

431

Kenaikan yang dipamerkan dagangan pound sterling malangnya tidak cukup kuat untuk menyokong pengukuhan matawang itu ke paras harga 1.3000 berbanding US dolar setelah mencatatkan peningkatan pada awal sesi Eropah.

Dagangan pound kembali menunjukkan penurunan dan didagangkan berlegar di sekitar paras harga 1.2920 berbanding US dolar.

Terdahulu, terdapat khabar angin yang menyatakan Britain sedang merancang untuk hentikan perbincangan perdagangan Brexit jika mereka tidak mencapai kesepakatan apda 15 Oktober, iaitu tarikh akhir yang ditetapkan Perdana Menteri UK Boris Johnson.

Menteri Kabinet Britain, Michael Gove juga menyatakan bahawa persiapan untuk menghadapi no-deal Brexit sedang giat dipertingkatkan.

Ketidakpastian mengenai hubungan masa depan perdagangan antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) ini terus memberi tekanan kepada matawang pound.

Namun begitu, terdapat sisi positif setelah Britain menyatakan terdapat 66% peluang bahawa kesepakatan ini dapat dicapai selain laporan media turut mencadangkan bahawa para pegawai lebih optimis daripada kenyataan yang dikeluarkan pada umum.

Sementara itu, turut menjadi perhatian pelabur ketika sesi Eropah adalah Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey yang menyatakan bahawa UK dan EU perlu mencapai kesepakatan dalam rundingan Brexit.

Apabila bercakap mengenai pandangannya terhadap ekonomi, beliau tidak menjangkakan bahawa gelombang kedua wabak Covid-19 akan membawa kesan kerosakan sama seperti ketika negara itu dilanda pandemik buat kali pertama pada Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat