Dah Sedap Semalam Hari Ini Merana, Bursa Kecundang Di Hujung Minggu

1,239

Berdasarkan keuntungan yang dicapai semalam, aktiviti profit-taking muncul awal pagi ini di Bursa Malaysia untuk pembukaan sedikit lemah.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 0.18 mata pada 1,501.17 sebelum turun 0.26 mata pada 1,501.62 berbanding penutupan Khamis pada 1,501.88.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 219 atasi kerugian pada 202, manakala 308 kaunter pula tidak berubah, 1,534 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 740.72 juta unit bernilai RM220.09 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, aktiviti pembelian dijangka berterusan dengan dana asing diramal muncul di sebalik profit-taking yang berlaku pada awal pagi untuk membawa indeks ke 1,510-1,530.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjelaskan bahawa pelabur asing mungkin menjadi pembeli bersih yang seterusnya mematahkan kerugian serta dorong lonjakan ringgit selepas pelantikan Perdana Menteri ke-10 semalam.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank naik 6 sen pada RM8.82, Public Bank Bhd tambah 8 sen pada RM4.60, Petronas Chemicals Group Bhd lonjak 7 sen pada RM9.13 dan CIMB Group Holdings Bhd raih 2 sen pada RM5.89 sementara IHH Healthcare Bhd turun 1 sen pada RM5.99 dan Tenaga Nasional Bhd hilang 8 sen pada RM8.83.

Saham aktif memperlihatkan MMAG Holdings Bhd kekal pada 3 sen dan Malayan United Industries Bhd mendatar pada 12 sen, Advance Synergy Bhd turun 1.5 sen pada 24.5 sen, Infomina Bhd kumpul 1.5 sen pada 55 sen sementara Icon Offshore Bhd tambah 1 sen pada 15.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas tambah 7.97 mata pada 10,676.55, indeks FBMT 100 capai 2.3 mata pada 10,395.12, FBM ACE naik 12.1 mata pada 5,223.2, FBM 70 lonjak 19.44 mata pada 12,719.27 sementara indeks FBM Emas Shariah turun 35.09 mata pada 10,769.74.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 117.95 mata pada 16,884.84, indeks Produk serta Perkhidmatan tambah 1.07 mata pada 186.08 sementara indeks Perladangan junam 19.92 mata pada 6,825.14 dan indeks Tenaga turun 2.66 mata pada 761.43.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat