Dahsyat! Pound Tembus Rekod 3 Tahun

422

Pound sterling melonjak lebih tinggi pada permulaan dagangan awal Jun, yang memperlihatkan matawang itu menembusi paras ketinggian terbaru tiga tahun berbanding US dolar.

Sterling didagangkan mengukuh di sekitar harga 1.24460, iaitu paras harga paling tinggi sejak April 2018, menyusuli kenaikan 0.2% yang dicatatkan pada sesi Asia hari ini.

Antara faktor yang mendorong pergerakan matawang pound adalah keyakinan pasaran yang semakin meningkat bahawa kerajaan akan meneruskan rancangan mereka untuk mengangkat sepenuhnya sekatan Covid-19 pada 21 Jun.

Langkah itu akan mendorong aktiviti ekonomi yang lebih jauh dan mendorong sentimen yang positif untuk menyokong permintaan terhadap aset UK, termasuk matawang pound.

Selain itu, kelemahan dolar greenback turut membantu memacu pengukuhan harga buat matawang itu.

US dolar terus melemah di tengah jangkaan Federal Reserve (Fed) akan terus kekalkan dasar monetari semasa yang sangat longgar meskipun berdepan dengan tekanan inflasi yang meningkat.

Berbanding kebanyakan matawang utama, indeks dolar didagangkan suram di sekitar paras terendah hampir empat bulan pada 89.74.

Sementara itu, euro didagangkan sedikit lebih tinggi selepas mendapat perkhabaran positif dari Canselor Jerman, Angela Merkel pada awal sesi Asia.

Bloomberg melaporkan Canselor Merkel memberi indikasi bahawa sekatan mandatori yang dikenakan di tempat yang terjejas teruk akibat Covid-19, mungkin akan diangkat lebih awal daripada tarikh ia sepatutnya berakhir pada akhir bulan Jun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat