Dahsyat! Serba Dinamik Sambar Peluang Dalam Sektor Tenaga RE Antarabangsa

635

Serba Dinamik Holdings Bhd kekal optimis untuk menjadi peserta utama dalam sektor tenaga boleh perbaharui (RE) antarabangsa.

Langkah itu bakal memanfaatkan anak syarikatnya Wellahead Engineering Ltd yang diambil alih pada 2020 dan berpengkalan di Scotland.

Walaupun berlaku ketidaktentuan situasi ekonomi, syarikat itu kekal optimis untuk merancang bagi memperluas dan merealisasikan pencapaian dalam segmen perniagaan tersebut.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah meneliti bahawa wujud peluang perniagaan yang luas dalam sektor RE.

“Wellahead dipertanggungjawabkan untuk mewujudkan hubungan serta mengenal pasti peluang bagi Serba Group dalam segmen ini dan menjadikan sasaran itu satu kenyataan,” tambahnya.

Hal itu juga diharap dapat bertindak sebagai aspek pemudah cara bagi menembus saluran ke dalam sektor yang berpotensi menghasilkan keuntungan.

Wellahead berpengkalan di Dyce, Aberdeen merupakan hab utama bagi firma multinasional minyak serta gas utama dan muncul sebagai peserta utama dalam industri lading kincir angin luar pesisir.

Di samping itu, Wellahead telah menjalankan perniagaan sejak lebih 30 tahun dengan rekod prestasi yang gah dalam industri mereka bentuk dan membuat komponen khusus bagi sektor minyak dan gas.

Produk syarikat itu juga dieksport ke Eropah, Asia Tenggara dan Australia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat