Dahulu Diejek ‘Bodoh’ Oleh Rakan Sekolah, Kini Jadi Pelabur Berjaya

1,262

Zaman remaja banyak kita habiskan masa bersama kawan-kawan, menonton wayang, bermain permainan video atau pun melepak di mana-mana pusat beli-belah. Lain pula kisahnya dengan seorang pemuda yang kini bergelar seorang pelabur berjaya.

Ketika berusia 16 tahun, Justin Brosseau diejek dengan panggilan ‘bodoh’ oleh rakan-rakannya kerana beliau menolak pelawaan mereka untuk menonton wayang bersama. Tanpa  mahu membazir, sebaliknya beliau menggunakan wang simpanannya untuk memulakan pelaburan.

Hampir kesemua wang simpanannya sebanyak $650 dilaburkan kepada 3 saham iaitu Citi, GE dan United Airlines.

Kini, tiada siapa lagi boleh mengejeknya ‘bodoh’. Justin berjaya memperoleh pulangan kira-kira 250% daripada pelaburan sahamnya sebelum menamatkan pengajian di Miami University.

Ketika rakan-rakannya sibuk membelanjakan wang, beliau mampu menjana pendapatan sebanyak $1,600.

Justin yang kini berusia 23 tahun berpendapat bahawa beliau seronok mengambil risiko dan tidak akan berhenti melabur. Kejayaan awalnya telah menjadi pendorong buatnya untuk melabur lebih banyak.

Portfolionya bernilai $12,300 iaitu 19 kali ganda berbanding pelaburan awal yang dijalankan ketika remaja.

Selain itu, minatnya terhadap pelaburan semakin menebal apabila beliau menyertai kelas pelaburan pada tahun kedua di Nequa Valley High School. Gurunya telah menugaskan para pelajar untuk membuat portfolio saham mereka sendiri.

Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Justin tidak seperti para pelajar lain. Beliau telah memilih United Airlines untuk projek kelasnya serta mengkaji kewangan syarikat tersebut sehingga benar-benar faham apa yang sedang dilakukannya.

Pada musim panas tahun 2019, beliau telah memulakan pelaburan setelah memujuk ayahnya untuk membuka akaun Scottrade dengannya. Seterusnya, Justin membeli saham United Airlines dengan harga $4 dan menjualnya dengan harga $41 pada tahun 2014, iaitu 10 ganda.

Strategi yang dipraktikkannya ialah melabur dalam syarikat untuk jangka masa panjang dan membuat kajian tentangnya. Kebiasaannya, Justin akan bangun seawal 5 pagi dan memeriksa laporan pendapatan, berita tentang syarikat dan pasaran sebelum ianya dibuka.

Di samping itu, Justin menegaskan bahawa pergantungan terhadap nasib adalah satu tabiat yang buruk.

Beliau mengkaji latar belakang syarikat seperti jualan, keuntungan dan pulangan yang diperolehi untuk setiap saham dan tidak menfokuskan kepada perbelanjaan modal syarikat.

Hal ini kerana ianya dianggap sebagai satu kayu ukur terhadap prestasi syarikat pada masa akan datang.

Hari ini, Justin telah memiliki pelbagai kumpulan saham termasuk Apple, Delta dan Pepsi. Seterusnya, ketika saham Best Buy jatuh sebanyak 14% pada Januari iaitu sebanyak $34, Justin telah membelinya hingga pulih kepada $39.

Kesimpulannya, jangan pedulikan sindiran,ejekan atau kata-kata negatif di sekeliling untuk menjatuhkan anda. Namun, jadikan ia sebagai satu motivasi untuk anda buktikan kejayaan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, kita perlu terus melangkah ke hadapan dan berusaha menjadi yang lebih baik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat