Dalam Diam Yuan China Mendaki Takhta Raja Matawang Dunia

1,203

Berikutan Beijing terus mendorong penggunaan yuan yang lebih besar di peringkat antarabangsa, matawang China berpotensi untuk meningkat ke status matawang rizab ketiga terbesar di dunia dalam 10 tahun hanya di belakang dolar AS dan euro, menurut ramalan Morgan Stanley.

Sehingga kini, yuan dilaporkan telah menyumbang kira-kira 2% daripada aset rizab pertukaran asing global dan ia boleh meningkat lebih dua kali ganda serta berpotensi untuk melepasi tahap yen Jepun dan pound Britain.

Morgan Stanley menganggarkan bahawa matawang China yang juga dikenali sebagai renminbi (RMB) itu dapat mencapai tahap 5%-10% daripada aset rizab pertukaran asing global menjelang 2030.

Kerajaan China telah meningkatkan usaha untuk membenarkan lebih banyak institusi kewangan asing memasuki pasaran domestik. Pelabur luar negara juga semakin cenderung untuk beralih ke pasaran China yang menjanjikan potensi pulangan lebih tinggi daripada negara lain.

Menurut data daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menunjukkan bahawa sumbangan yuan dalam rizab dunia telah meningkat dua kali ganda sejak dimasukkan ke dalam sekumpulan matawang rizab utama IMF pada Oktober 2016.

Pada masa itu, bahagian yuan hanya berjumlah 1%, dan sekarang ia pada 2.02%. Saingan utamanya, yen Jepun dan pound Britain masing-masing mempunyai 5.7% dan 4.43%. Sementara dolar AS menyumbang hampir 62% pegangan forex global dan euro pula lebih 20%.

Walau bagaimanapun, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China dikatakan boleh mengekang kemajuan yuan untuk meningkat, yang mana Beijing terus menerima tekanan daripada Washington dalam pelbagai isu dari segi perdagangan sehingga ke teknologi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat