Dalam Tempoh 3 Minggu, USD/JPY Telah Catat Penurunan Sekitar 650 Pips!

346

Selepas pemotongan kecemasan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) pada Selasa lalu sehingga 50 mata asas kepada 1.25%, penganalisis ekonomi menjangkakan bakal ada penurunan lagi kadar faedah oleh Fed pada mesyuarat yang akan datang.

Matawang US dolar terus bergerak lemah susulan tindakan pelonggaran polisi oleh bank pusat tersebut dan tumpuan kini terarah pula pada laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat malam ini.

Pasaran menjangkakan pertambahan pekerjaan untuk bulan Februari menurun setelah lonjakan pada bacaan Januari lalu. Purata gaji per jam diramalkan sedikit meningkat manakala kadar pengangguran dijangka kekal.

Jika dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga kekal meneruskan penurunan sepanjang minggu ini ke paras terendah terbaru 6 bulan.

Harga telah mencatatkan sekitar 650 pips penurunan sejak dagangan Februari.

Pada dagangan semalam, harga yang bergerak mendatar di sekitar paras 107.400 sejak hari sebelumnya, telah berjaya membuat penurunan melepasi paras terendah mingguan sehingga penurunan terendah pada sesi New York mencecah 105.970.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga menyambung penurunan ke paras terendah terbaru sekitar 105.750 pada awal sesi sebelum bergerak perlahan sehingga ke sesi pasaran Eropah.

Matawang Yen juga gagal memberikan tekanan terhadap US dolar yang lemah ekoran ekonomi Jepun turut terkesan oleh ancaman wabak Coronavirus yang mendorong bank pusat Jepun mempertimbangkan pelonggaran dasar lebih lanjut.

Jika harga kekal membuat penurunan lebih rendah, harga berkemungkinan menuju paras support sekitar 104.800, mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Ogos 2019.

Namun jika kenaikan harga berlaku, harga akan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) dan juga paras 107.400 pada zon SBR (support become resistance). Kenaikan lebih tinggi akan menuju pula resistance 108.300.

Laporan data pekerjaan NFP pada malam ini berkemungkinan akan mempamerkan pergerakan drastik harga dan memacu arah pergerakan bagi matawang US dolar dengan lebih jelas.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat