Dalam Terluka, EUR/USD Memanjat Lagi Menuju Puncak $1.0600

182

Mata wang Eropah terus memanfaatkan kesempitan US dolar ketika ini yang sedang didagangkan lemah menuju penghujung minggu ekoran situasi pasaran semasa yang tak menentu.

Menjelang mesyuarat bank-bank pusat utama pada minggu hadapan, kebimbangan adalah lebih terarah terhadap penetapan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) yang akan menjadi pemacu utama pergerakan pasaran kewangan global.

Kedua-dua bank pusat Fed dan European Central Bank (ECB) diramalkan untuk kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas minggu hadapan.

Selepas kadar tuntutan pengangguran di Amerika Syarikat (AS) diterbitkan meningkat semalam, tumpuan akan terarah pula pada data indeks harga pengeluar (PPI) serta tinjauan keyakinan pengguna AS pada hari ini.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD pula, harga dilihat meneruskan corak kenaikan pada Khamis semalam menyambung kenaikan pada hari sebelumnya.

Setelah mendatar di paras 1.05000, harga telah meningkat mencapai ketinggian sekitar 1.05600 di penghujung sesi New York.

Corak kenaikan tersebut masih diteruskan apabila dagangan bersambung pada sesi Asia pagi ini (Jumaat) dan menuju ke zon rintangan 1.06000.

Jika kenaikan berjaya diteruskan, ketinggian dicapai di awal minggu bakal diatasi sebelum harga catatkan paras tertinggi terbaru 6 bulan.

Sasaran untuk kenaikan lebih tinggi adalah untuk menuju sasaran pada 1.07000.

Sebaliknya, jika harga gagal melepasi rintangan 1.06000, berkemungkinan harga boleh melantun turun semula dan singgah kembali di paras sokongan 1.05000.

Penurunan lanjut harga selepas menunjukkan isyarat perubahan trend bearish akan mendorong harga menuju ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.04000.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat