Dana Pelaburan Asing Terbesar Tinggalkan Bursa Malaysia Minggu Lalu

1,975

Dana pelaburan asing telah meninggalkan Bursa Malaysia pada minggu lalu yang jelas dilihat kepada kejatuhan indeks Kuala Lumpur Compsite Index (KLCI) pada hari Khamis minggu lalu.

Berdasarkan data awal daripada Bursa, dana-dana asing mengeluarkan sejumlah RM1.05 billion ekuiti tempatan pada minggu lalu yang terbesar sejak 16 minggu yang lalu.

MIDF berkata pelabur asing adalah penjual terbanyak dalam setiap hari dalam minggu lalu. Hari Isnin sahaja mereka menjual sebanyak RM227.2 yang mana tidak mengejutkan berikutan pasaran bertindak balas terhadap pengumuman pembatalan kontrak MMC-Gamuda dalam projek bawah tanah MRT2.

Jumlah aliran modal keluar daripada bursa Malaysia oleh dana pelaburan asing, secara mudahnya, ia adalah nilai saham tempatan yang dijual oleh pelabur asing pada minggu lalu.

Penjualan oleh pelabur asing pada Selasa pula berkurangan di bawah RM200 juta pada Selasa dan Rabu yang disokong oleh harapan bahawa kerajaan berkemungkinan mengkaji semula untuk mempertimbangkan MMC-Gamuda.

Walaubagaimanapun, pelabur asing melepaskan ekuiti yang begitu besar sebanyak RM327.9 juta terkesan oleh kejatuhan di Wallstreet. Wallstreet pada Rabu minggu lalu mengalami kejatuhan sehari terbesar sejak lapan bulan lepas sekaligus memberi kesan kepada keseluruhan pasaran global pada minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat