Dapper Labs Umum Projek Baharu, Flow (FLOW) Cemerlang Dengan Lonjakan Lebih 41%

677

Ketika pasaran sudah kembali menunjukkan pergerakan positif, Flow (FLOW) tidak menghampakan dengan lonjakan lebih 12% dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan pemerhatian, FLOW mula pamerkan harga yang agak agresif dari $3.22 nilai terendah harian kepada $4.61 nilai tertinggi harian semalam sebelum susut ke paras $3.90 ketika artikel ini ditulis.

Apa yang berlaku?

Pembangun blockchain Flow, Dapper Labs mengumumkan peruntukan sebanyak $725 juta (RM3.18 bilion) untuk pertumbuhan ekosistemnya termasuk aplikasi yang bakal dibangunkan nanti.

Difahamkan peruntukan tersebut melibatkan dana daripada beberapa pihak seperti Andreessen Horowitz, Coatue, Union Square Ventures, Coinfund, Digital Currency Group, dan Cadenza Ventures.

Mereka ini jugalah yang akan memperkenalkan projek masing-masing di Flow dan dijangka projek ini akan dikembangkan ke seluruh Asia, Eropah, dan Amerika Utara.

Untuk pengetahuan, Flow terkenal sebagai platform yang menyokong projek NFT NBA Top Shot. Setakat ini cuma 7,500 pembangun yang selesa membangunkan projek di blockchain itu.

Secara tidak langsung keadaan ini memaksa Flow untuk berusaha keras menjadi pesaing terdekat dan alternatif Ethereum.

Namun Flow diam-diam sudah mula menunjukkan taringnya.

Berdasarkan rekod transaksi harian NFT di rangkaian itu, jumlahnya telah meningkat tiga kali ganda sejak September 2021, sekaligus menjadikan Flow sebagai platform NFT di tangga pertama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat