Dari $2000 Turun Ke $1900, GOLD Bakal Menjunam Lagi?

1,277

Pergerakan menarik dipaparkan oleh dagangan emas pada minggu ini dengan penurunan harga mingguan terbesar semalam sekitar $120 sehingga ke paras $1900 per auns.

Paras tertinggi sepanjang masa buat harga emas dicatatkan sekitar paras 2075.00 pada carta XAU/USD sebelum mula pamer corak penurunan awal pada Jumaat.

Menyambung dagangan pada awal minggu ini pergerakan harga emas dilihat mendatar sebelum penurunan ketara semalam dari paras 2030.00 sehingga ke paras 1900.00.

Penjualan besar-besaran emas dalam pasaran dilihat terkesan oleh faktor sentimen risk-on pasaran apabila Rusia mengumumkan kelulusan vaksin Coronavirus pertama di dunia sehingga menyebabkan dagangan safe-haven kembali melemah.

Namun US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan atas faktor data ekonomi Amerika Syarikat yang menyokongnya. Data inflasi pada sesi New York sebentar nanti turut dijangka meningkat susulan peningkatan pada data indeks harga pengeluar AS semalam.

Dagangan emas pada hari ini menunjukkan penurunan lebih 600 pips mencecah paras terendah pada 1863.00 pada sesi Asia sebelum melonjak semula pada sesi Eropah sekitar 800 pips setakat jam 5 petang waktu tempatan.

Perkembangan isu vaksin dilihat akan menjadi penggerak harga emas dengan jangkaan keyakinan pelabur dalam pasaran akan terus meningkat dengan perlumbaan penghasilan vaksin di seluruh dunia.

Jika penurunan harga terus berlaku, paras 1800.00 dilihat akan menjadi tumpuan semula.

Pelabur juga ingin melihat sama ada harga emas mampu membuat kenaikan semula di atas paras 2000.00 selepas penurunan ketara harga semalam.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat