Dari Jutawan Ke Dermawan? Elon Musk Dermakan $5.7 Bilion Sepanjang November

795

Macam ada udang di sebalik batu? Husnuzon, mungkin dia nak berubah.

Pemfailan Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan Elon Musk, ketua pegawai eksekutif Tesla, telah menderma sebanyak 5,004,000 saham kepada badan amal sejak 19 November sehingga 29 November tahun lalu.

Mengikut anggaran, Elon Musk sudah menderma lebih kurang $5.74 bilion, namun pemfailan tersebut tidak mendedahkan badan amal mana yang menerima sumbangan tersebut.

Sehubungan dengan itu penganalisis Institute for Policy Studies, Bob Lord berpendapat bahawa tindakan Musk tersebut hanya untuk mengelak daripada membayar cukai semata-mata.

Hujarnya, saham yang di dermakan kepada badan amal tidak tertakluk kepada cukai keuntungan modal. Maka, secara tidak langsung Musk telah jimat lebih kurang 40% ke 50% daripada nilai $5.7 bilion tersebut untuk membayar cukai.

Coretannya lagi, Musk mungkin telah menyumbang saham tersebut kepada pengantara seperti ‘dana penasihat penderma’ dan bukannya secara langsung kepada kumpulan amal.

Setakat penulisan ini ditulis, pihak Tesla masih tidak mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan berkenaan perkara tersebut.

Umum mengetahui Musk pernah mengkritik Bernie Sanders dan Elizabeth Warren yang mencadangkan orang kaya untuk membayar lebih cukai daripada orang awam.

Selain itu, beliau juga pernah menjual 10% pegangan sahamnya bernilai $16.4 bilion selepas melakukan undian di Twitter dan beliau juga turut twit untuk membayar lebih daripada $11 bilion cukai pada 2021 kerana pelaksanaan pilihan sahamnya akan tamat tahun ini.

Dalam pada itu, tindakan Musk ini dilihat selari dengan sifat para dermawan lain seperti Jeff Bezos yang telah menderma lebih kurang 1% daripada nilai bersihnya serta Warren Buffett dan George Soros yang telah menderma lebih 20% nilai bersih mereka pada awal September lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat