Dari Timur Ke Barat, Elon Musk Hadapi Masalah Pertama Dengan Twitter

174

‘Okay lah tu merasa juga Musk time Twitter down. Selalu complain je ni kena solve pulak lah.’

Kelmarin aplikasi microblogging Twitter mengalami masalah gangguan untuk entah kali ke berapa tahun ini namun ia merupakan kali pertama buat pemilik barunya, Elon Musk.

Melihat kepada data Downdetector hampir 9,000 orang dari San Fransico ke Tokyo malah segelintir di Hong Kong berdepan masalah mengakses Twitter atau akaun mereka memaparkan mesej ralat.

Namun kekecohan yang berlaku berjaya ditangani oleh syarikat dan Musk beberapa jam selepas sejumlah benar pengguna membuat aduan.

Menariknya, ia merupakan gangguan pertama yang dialami Musk sejak pemerolehan $44 bilion terhadap Twitter dan membuat pemecatan besar-besaran sebelum ini.

Suka diingatkan bahawa Musk telah bertindak untuk membuang hampir separuh pekerja Twitter sebaik pemerolehan termasuk mereka yang bekerja dalam jabatan perisian.

Dan tampak segelintir pengguna mengambil kesempatan masalah gangguan itu untuk menyalahkan Musk atas sebab pemecatan besar-besaran tersebut.

Ternyata Musk dan Twitter bakal memasuki tahun baru dengan penuh mencabar apabila satu demi satu masalah muncul tatkala masalah lalu seperti isu bersama Suruhajaya Perdagangan Persekutuan (FTC) dan perundagan kandungan Eropah.

Dalam pada itu, Musk mungkin akan berundur dari posisinya sebagai ketua pegawai eksekutif Twitter tahun depan sebaik beliau menjumpai calon sesuai untuk menggantikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat