Dasar Monetari Berada Pada Kedudukan Baik Untuk Menyokong Pasaran Buruh – Jerome Powell

191

Pengerusi Federal Reserve (Fed) AS, Jerome Powell dalam ucapannya awal pagi tadi, berkata bahawa dasar monetari kini berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong pengukuhan pasaran buruh dan mencapai sasaran inflasi 2%.

Powell berkata, ahli Fed mempunyai pandangan menggalakkan terhadap ekonomi Amerika Syarikat berikutan pengukuhan perbelanjaan pengguna, disokong oleh pasaran buruh yang kuat, peningkatan pendapatan dan keyakinan pengguna.

Namun begitu, dengan kelemahan pertumbuhan global dan ketidakpastian perdagangan telah menyekat pertumbuhan, Powell berkata Fed akan bertindak balas dengan sewajarnya jika ia memerlukan penilaian material dalam prospek ekonomi.

Fed pada mesyuarat polisi akhir Oktober lalu, telah mengurangkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada julat sasaran 1.5%-1.75% menjadikannya sebagai pemotongan kali ketiga dalam tahun ini.

Sementara itu, kadar inflasi kini masih berada jauh di bawah sasaran Fed pada 2% meskipun dengan pemotongan kadar faedah sebanyak tiga kali oleh bank pusat. Beliau berkata jangkaan inflasi yang lebih rendah akan menyebabkan Fed sukar untuk menyokong ekonomi.

Berikutan daripada itu, Powell menyatakan bahawa Fed komited untuk mencapai objektif inflasinya secara konsisten dan mapan. Fed akan menggunakan alatnya untuk memastikan tiada penurunan yang tidak sihat dalam jangkaan inflasi dan inflasi.

Kenyataan Powell menunjukkan kemungkinan Fed akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah untuk sementara waktu kecuali berlaku peningkatan ketara dalam inflasi sehingga melebihi 2%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat