Dasar Pasaran Minyak Mentah Antara Yang Bakal Mengalami Perubahan Ketara Dalam Pemerintahan Trump!

44

Beberapa dasar dalam pasaran minyak mentah mungkin mengalami perubahan ketara sebaik sahaja Trump menjulang jawatan Presiden tahun depan. Walaupun butirannya masih samar, beliau dijangka akan membawa dasar yang agak berbeza dari dasar semasa antaranya termasuklah 4 faktor penting ini :

1.Hubungan dengan negara Timur Tengah dan OPEC

Iran dan Arab Saudi kedua-duanya dikritik hebat oleh Trump semasa melancarkan kempen sebelum ini. Beliau terus terang mengatakan bahawa beliau bukanlah salah seorang “peminat setia” kerajaan Arab Saudi ketika membuat penampilan di NBC dalam slot “Meet The Press” pada tahun 2015. Selain itu, beliau turut memberitahu umum pada bulan Mac bahawa beliau mungkin berhenti membeli minyak dari Arab Saudi dan negara-negara Arab yang lain kecuali jika mereka membantu untuk memerangi Negara Islam.

Trump juga dikatakan mempunyai pendapat yang bertentangan mengenai perjanjian nuclear Iran. Beliau juga dikatakan bakal menghapuskan tawaran bencana Iran.

Dalam masa yang sama, Trump juga menjanjikan kebebasan buat OPEC. Pun begitu, beliau tidak mengulas lanjut mengenai jalan yang bakal diambil untuk melaksanakan janji tersebut.

2.Meningkatkan rangsangan dalam pasaran

Dalam satu sidang akhbar di North Dakota, beliau berkata bahawa beliau sedia meluluskan cadangan terhadap pembinaan saluran paip minyak Keystone XL untuk memberi keuntungan kepada rakyat Amerika.

Dalam masa yang sama, beliau juga akan membuat rundingan semula atau menamatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara yang meletakkan syarat bahawa Kanada berhak menyekat eksport minyak ke selatan negara tersebut. Mengakhiri perjanjian ini akan menjadikan AS tidak terlalu bergantung dengan minyak dari Kanada dan menjadikan AS lebih terbuka dalam membuat pilihan dan alternatif lain.

  1. Lebih sokongan untuk minyak AS

Dalam sidang akhbar yang sama, beliau juga akan menamatkan apa jua sekatan buat eksport tenaga AS.

Sokongan untuk pasaran minyak AS tidak akan sama sekali berbelah bahagi.

Trump juga berkata bahawa Amerika sedang duduk di atas harta karun pasaran tenaga yang masih belum diterokai yang bernilai kira-kira $50 trillion Dollar termasuklah minyak mentah, pasaran gas asli dana rang batu. Justeru, beliau ingin memastikan bahawa kekayaan ini jatuh kepada tangan rakyat Amerika.

Tambahan lagi, Trump akan membuka tanah-tanah persekutuan untuk pengeluaran minyak dan gas serta mengosongkan kawasan pesisir luar pantai untuk pembangunan industri tenaga.

  1. Dasar-dasar yang lebih luas

Beliau berjanji dalam ucapan kemenangannya pada Rabu untuk menggandakan pertumbuhan ekonomi AS sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau juga membayangkan pengembangan tahunan sebanyak 3%, iaitu satu tahap yang melebihi angka yang pernah dicapai pada tahun 2005.

Jadi pelbagai dasar yang dilihat perlu akan diserap ke dalam ekonomi untuk meningkatkan pertumbuhan AS melebihi negara-negara lain.

“Mr Yen” Ini Membuat Jangkaan Bahawa Yen Akan Terus Menguat

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat