Dasar RBA Jadi Tumpuan Hari Ini & Adakah USD Mampu Kekal Momentum?

413

Setelah Dolar AS yang terlalu banyak dijual sebelum ini, kita mungkin dapat melihat sedikit pemulihan untuk beberapa hari ini. Laporan-laporan ekonomi minggu ini semestinya menunjukkan peningkatan aktiviti ekonomi kerana walaupun dengan meningkatnya kes Covid-19 pada bulan Julai, lebih banyak perniagaan telah dibuka semula, yang mendorong orang kembali bekerja.

Kongres AS ketika ini sedang berusaha keras untuk merangka dan meluluskan pakej rangsangan baru dan hari demi hari para saintis semakin dekat untuk mendapatkan vaksin yang berkesan. Walaupun semua faktor yang menekan dolar AS pada bulan Julai masih ada pada ketika ini, kemungkinan besar kita akan melihat perkembangan positif di kedua-dua bidang ini dalam beberapa minggu mendatang. Hasil Perbendaharaan AS juga pulih setelah penurunan tajam minggu lalu sementara stok saham juga kembali meningkat.

Setakat ini, mata wang paling menguat adalah Pound Sterling yang kembali melonjak sebaik data PMI pembuatan AS dikeluarkan. Euro mengakhiri hari semalam dengan lebih rendah walaupun berlaku sedikit kenaikan selepas laporan data PMI. Pada hari ini, kekurangan laporan data yang mempengaruhi pasaran oleh mana-mana negara barat, bermaksud mata wang akan lebih mengambil petunjuk daripada selera pasaran terhadap dolar AS.

Tengah hari ini, tumpuan akan beralih kepada dolar Australia iaitu pengumuman dasar monetari Reserve Bank of Australia (RBA). Walaupun ekonomi sedikit pulih pada bulan Julai, peningkatan kes virus baru-baru ini akan membuatkan bank pusat untuk lebih berhati-hati. Negeri Victoria yang baru saja mengumumkan sekatan baru boleh mempengaruhi unjuran bank pusat. Setelah minggu lalu diperdagangkan ke paras tertinggi untuk 5 bulan berbanding dolar AS, dolar Australia sangat terdedah kepada kemungkinan berlaku pembetulan atau reversal.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat