Dasar Sifar Covid Dilonggarkan? Ini Pandangan Pakar Prospek 2023 China

178

‘Dia buat keputusan pada musim yang salah agaknya.’

Menuju tahun baru, firma penasihat makroekonomi Wigram Capital Advisors meramalkan ‘gelombang musim sejuk’ wabak Covid-19 bakal menghentam China ketika ia melonggarkan dasar sifar Covid mereka.

Firma itu mengeluarkan amaran yang mengatakan sistem kesihatan China bakal berdepan masalah besar dengan sambutan Tahun Baru Cina (Lunar New Year) pada Januari jadi pemangkin penyebaran.

Turut diramalkan bahawa bandar utama seperti di Beijing, Shanghai dan Guangzhou akan mencatat jumlah kematian setinggi 20,000 orang sehari menjelang pertengahan Mac 2023.

Angka mereka yang dimasukkan ke dalam hospital pula diramal akan meningkat sehingga 70,000 orang sehari .

Asas itu dirumuskan firma selepas pihak berkuasa China mengambil pendekatan melonggarkan dasar sifar Covid-19 dan memperkenalkan 10 langkah baharu seperti membenarkan mereka bergejala sederhana untuk kuarantin di rumah.

Wigram menyifatkan langkah itu sebagai ketidaksediaan kerajaan China dalam menyediakan negara untuk dibuka semula berdasarkan kadar vaksinasi warga tua yang rendah, kekurangan unit rawatan rapi dan penggunaan vaksin yang tidak kompeten.

Sungguhpun begitu, pegawai kesihatan tertinggi China menegaskan bahawa 10 langkah baharu itu akan dilaksanakan dengan teliti dan komprehensif kerana ia tidak menandakan kelonggaran sepenuhnya.

Sebaliknya ia akan dilaksanakan berdasarkan pengalaman yang terkumpul sebagai tindak balas terhadap ciri-ciri baru virus yang bermutasi.

Andai benar kerajaan China mampu menyelaraskan Covid sambil membuka semula ekonomi negaranya, Wigram mengunjurkan jumlah kematian akan berkurangan ke 4,000 orang sehari menjelang Ogos tahun depan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat