Data ADP Bulan Mei Kurang Memuaskan, Pasaran Mula Khuatir Data NFP!

483

Sektor swasta Amerika Syarikat dilaporkan berjaya menambah 128,000 pekerjaan pada bulan Mei, dimana angka tersebut adalah lebih kecil daripada jangkaan. Dalam masa yang sama, angka ini juga merupakan pertambahan bulanan terkecil dalam era pemulihan pandemik berdasarkan laporan oleh pemproses gaji ADP pada hari Khamis.

Pakar ekonmi hasil tinjauan meramalkan bahawa ekonomi sektor swasta akan mencatat pertambahan 300,000 pekerjaan pada bulan lepas, namun malangnya ianya tersasar. Angka April disemak semula juga menunjukkan penurunan kepada bacaan 202,000 daripada keuntungan 247,000 yang dilaporkan pada awalnya.

Menurut ketua ekonomi ADP, Nela Richardson, ” Kenyataannya setakat ini adalah bahawa latar belakang pasaran buruh yang ketat dan inflasi yang tinggi, kemudian keuntungan pekerjaan bulanan pula lebih hampir kepada tahap pra-pandemik.”

Tambah beliau, “Kadar pertumbuhan pekerjaan dalam pengambilan pekerja telah mereda di semua industri, manakala perniagaan kecil kekal menjadi sumber kebimbangan kerana berhadapan cabaran untuk bersaing dengan firma lebih besar yang berkembang pesat sejak akhir-akhir ini”.

Angka ADP ini diterbitkan lebih awal daripada laporan mingguan Jabatan Buruh mengenai tuntutan pengangguran awal lewat Khamis nanti dan laporan NFP bulan Mei pada hari Jumaat.

Data pada hari Jumaat dijangka menunjukkan bahawa ekonomi akan menambah 325,000 pekerjaan bulan lepas, perlahan daripada 428,000 pada April. Walaupun masih kukuh, ia akan mewakili pertumbuhan pekerjaan terkecil dalam setahun.

Pertumbuhan gaji dijangka kekal kukuh di tengah-tengah kekurangan pekerja dan kadar pengangguran dijangka menurun kepada 3.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat