Data ADP-NFP Amerika Syarikat Naik 178,000 Meleset Dari Jangkaan

42

Data terbaru sektor pekerjaan Amerika Syarikat merekod tambahan 178,000 pada Julai kurang daripada jangkaan pasaran 187,000. Walaubagaimanapun, data pada Jun telah dikaji semula daripada 158,000 kepada kenaikan yang begitu signifikan sebanyak 191,000.

Terdapat tambahan 4,000 pekerjaan dalam sektor pembuatan barangan walaupun data PMI sektor pembuatan semalam merekod kejatuhan. Sektor perkhidmatan pula menambah sebanyak 174,000 pekerjaan pada tempoh sama.

Hubungan antara data ADP-NFP dan data NFP yang dikeluarkan pada Jumaat agak lemah sejak dua bulan lalu. Data ADP merekod data lemah pada bulan lalu, namun NFP merekod pengukuhan dan ini menyebabkan pasaran tidak boleh bergantung 100% kepada ADP-NFP untuk melihat data NFP pada Jumaat.

Walaupun begitu, data hari ini masih lagi menunjukkan prestasi pasaran pekerjaan yang kukuh di Amerika Syarikat yang akan menambah keyakinan dalam ekonomi.

Namun, apa yang menjadi persoalan adalah, adakah pengukuhan dalam data pekerjaan akan diterjemahkan kepada tekanan ke atas (upward pressure) harga domestik.

US dolar pada mulanya mengukuh selepas data ini dikeluarkan berikutan kajian semula bacaan sebelum ini kepada 191,000. Namun, pasaran ketika ini masih lagi bergerak tidak menentu setakat pukul 10.25 malam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat