Data Agensi Kerajaan AS Dalam Bahaya Diserang ‘Hacker’

196

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) memberi amaran serangan penggodaman besar-besaran yang dibongkar pada minggu ini, mencetuskan risiko besar terhadap kerajaan, infrastruktur kritikal dan sektor swasta.

Lapor Reuters, Perbendaharaan AS dan jabatan perdagangan antara yang menjadi serangan penggodaman.

Terdahulu, Jabatan Tenaga dan Pentadbiran Keselamatan Nuklear Nasional turut mempunyai bukti bahawa penggodam telah mengakses rangkaian mereka.

Menurut Agensi Keselamatan Siber dan Sekuriti Infrastruktur AS (Cisa), cubaan untuk menggagalkan serangan adalah sangat rumit.

Ramai yang mengesyaki kerajaan Rusia bertanggungjawab dalam serangan berkenaan. Bagaimanapun Kremlin menolak dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Cisa berkata serangan terhadap agensi kerajaan, entiti infrastruktur kritikal dan organisasi sektor swasta bermula pada Mac tahun ini.

Tambah kenyataan berkenaan, pelaku di sebalik penggodaman itu ‘menunjukkan kesabaran, keselamatan operasi dan corak perdagangan yang rumit dalam serangan tersebut’.

Cisa masih belum mengenalpasti dalang di sebalik serangan itu serta agensi dan organisasi yang terbabit dalam penggodaman tersebut atau apakah maklumat yang telah dicuri dan terdedah.

Sementara itu, calon Presiden AS, Joe Biden berkata beliau akan meletakkan keselamatan siber sebagai keutamaan yang penting sewaktu pentadbirannya kelak.

Ujar Biden, beliau mahu menyekat ‘musuh’ negara itu daripada melakukan serangan siber dan akan bekerjasama dengan sekutu rapat bagi menangani situasi terbabit pada masa akan datang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat