Data Bekalan API Mendorong Kenaikan Harga Komoditi Hitam Hari Ini

45

Harga pasaran minyak mentah pada sesi Asia hari Rabu melonjak selepas data bekalan minyak US oleh American Petroleum Institute (API) menunjukkan penurunan diluar jangkaan.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) di New York Mercantile Exchange (NYMEX) bagi bulan November naik 0.68% kepada $50.24 per tong, manakala minyak Brent di London Intercontinental Exchange meningkat 0.45% kepada $55.39 per tong pada jam 11.20 pagi.

Hasil laporan API menunjukkan bekalan minyak US meningkat kurang daripada jangkaan kepada 1.4 juta tong pada minggu yang berakhir 15 September lalu berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 2.925 juta tong. Gasolin juga jatuh 5.1 juta tong dan bahan sulingan lain jatuh 1.175 tong.

Energy Information Administration  (EIA) pada malam ini akan melaporkan data anggaran rasmi mereka dan kebiasaanya kedua-dua data ini akan menunjukkan perbezaan.

Faktor Menekan Harga Minyak Minggu Ini

Semalam harga minyak ditutup rendah berikutan jangkaan bekalan minyak US akan naik untuk tiga minggu berturut-turut dan para pelabur ingin mengimbangi kenaikan harga yang didorong oleh komen menteri jabatan minyak Iraq, Jabar al-Luaibi bersama ahli OPEC yang lain berkenaan lanjutan tempoh pemotongan pengeluaran minyak selepas Mac 2018.

Antara faktor lain yang menekan harga minyak adalah laporan pengeluaran minyak oleh EIA pada hari Isnin yang lalu menunjukkan pengeluaran meningkat untuk 10 bulan berturut-turut termasuk bulan Oktober depan berikutan kenaikan harga minyak WTI melebihi $50 mendorong peningkatan aktiviti penggalian.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat