Data China Positif Dolar Australia Menguat?

43

Sebentar tadi data Manufacturing PMI China baru sahaja dikeluarkan oleh China Logistics Information Center (Pusat maklumat logistic China). Bacaan yang dikeluarkan hari ini ialah 51.2 berbanding jangkaan 50.4 dan bacaan bulan sebelum juga 50.4.

Data ini adalah hasil daripada tinjauan yang diambil dari 3000 purchasing manager tentang keadaan perniagaan dalam syarikat mereka yang melibatkan pekerjaan, tempahan baru, harga, penghantaran dan inventori.

Data di atas 50 menunjukkan keadaan yang baik dan sebaliknya di bawah 50. Australia dijangka akan terkesan dengan sebarang data yang dikeluarkan oleh China kerana Australia pengeksport terbesar copper (kuprum) negara itu. Data positif akan menguatkan Dollar Australia dan begitu juga sebaliknya.

Sebaik sahaja data dikeluarkan sebentar tadi sehinggalah artikel ini ditulis Dolar Australia menguat berbanding matawang US dolar dari paras harga 0.7599 kepada 0.7612.

Lihat graf di bawah, AUD/USD menguat sebaik saja laporan data Manufacturing PMI China dikeluarkan dari paras harga 0.7599.

Sumber: Trading View
Sumber: Trading View

Namun, tidak dapat dipastikan sampai ke paras mana AUD/USD akan menguat kerana pemain pasaran matawang masih stay aside (tak masuk pasaran) untuk menunggu laporan mesyuarat Reserve Bank of Australia (Bank Pusat) (RBA) yang lebih penting sebentar lagi pada pukul 11.30 pagi waktu Malaysia.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat