Data CPI US Fokus Utama Pasaran Saham Hari Ini

74

Saham Asia didagang rendah pada hari Khamis, turun selepas menyentuh paras tertinggi sepuluh tahun lalu, manakala dolar stabil sebelum laporan bacaan inflasi pengguna bulan Ogos malam ini.

Pasaran kewangan juga data daripada China pada jam 10 pagi nanti, yang terdiri daripada pengeluaran hasil perkilangan, pelaburan aset tetap dan jualan runcit, di mana kesemua data tersebut akan menunjukkan kekuatan semasa ekonomi kedua terbesar dunia.

Saham terbesar Asia Pasifik, MSCI di luar Jepun jatuh 0.1% selepas naik ke paras tertinggi tahun 2007 yang sehari yang lepas.

Nikkei Jepun pula mendatar selepas berjaya naik ke paras tertinggi sebulan yang lalu.

Wall street juga mengekalkan rekod tertinggi pada hari Rabu yang lepas dengan peningkatan pada saham tenaga dan perkhidmatan mengimbangi kerugian besar teknologi Apple Inc.

Indeks dolar kukuh berbanding enam matawang utama lain, menolak hasil bon YS naik ke paras tertinggi dua minggu setengah yang lalu, diikuti penerimaan semula para pelabur dalam aset berisiko.

Indek US dolar bergerak di sekitar 92.49 setakat jam 9.45 pagi, selepas naik mencecah 92.51 pada sesi yang lalu, paras tertinggi sejak 5 September. Dolar jatuh ke paras terendah 2 tahun setengah yang lalu pada Jumaat lepas, berikutan kebimbangan terhadap impak ribut Irma dan ketegangan di wilayah Korea.

Fokus minggu ini beralih ke arah fundamentals daripada risiko geopolitik serta bencana alam yang lalu dengan para pelabur akan meneliti bacaan indeks harga pengguna US (CPI) pada malam ini, serta potensi data tersebut terhadap pendirian kadar faedah Fed.

Ketua strategi FX di IG Securities Tokyo, Junichi Ishikawa berkata, “Dolar akan dijual jika bacaan CPI lemah, tetapi tumpuan utama adalah bagaimana reaksi pasaran saham terhadap bacaan tersebut. Jika hasil sektor kewangan US jatuh disebabkan oleh data CPI, hal itu akan menjadi sebab kepada penjualan saham US yang telah berjaya mencapai rekod tertinggi”.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat