Data-Data Penting Ini Perlu Menjadi Tumpuan Semua Trader Bagi Sepanjang Minggu Ini!

54

Yen melemah pada Isnin berikutan kebanyakan pelabur menanti kenyataan daripada Ketua Fed Amerika Syarikat lewat hujung minggu ini.

USD/JPY didagang meningkat 0.29%, sementara AUD/USD dinilai 0.14%.

USD/JPY, 15 minit
USD/JPY, 15 minit

 

AUD/USD, 15 minit
AUD/USD, 15 minit

US Dollar Index yang mengukur kekuatan Greenback kali terakhir dinilai pada 94.48.

Tumpuan akan diberikan kepada ucapan oleh Pengerusi Fed, Janet Yellen bagi petunjuk terkini mengenai kenaikan kadar oleh AS untuk minggu akan datang.

Selain itu, trader juga memberi tumpuan kepada data perniagaan Zon Euro yang bakal dikeluarkan pada Selasa bagi mengetahui tentang keadaan ekonomi sejak Britain keluar dari Kesatuan Eropah 24 Jun lalu.

Di tempat lain, data inflasi Jepun juga dianggap penting apabila data ini dapat dijadikan sebagai kayu ukur bagi keperluan rangsangan yang selanjutnya.

Minggu lalu, US Dollar meningkat berbanding sekumpulan matawang utama pada hari Jumaat apabila komen agresif dari John Williams memberikan harapan bagi kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat.

Disamping itu, beliau turut berpendapat bahawa keadaan ekonomi yang stabil membolehkan kenaikan kadar diluluskan seawal September.

Walaupun memperoleh keuntungan pada Jumaat, US Dollar masih berakhir dengan kerugian mingguan sebanyak 1.25% berikutan percanggahan pendapat mengenai penentuan kadar AS.

Minit mesyuarat dasar Julai Fed yang diadakan pada awal minggu lepas menunjukkan ahli-ahli jawatankuasa mempunyai perbezaan pendapat mengenai isu tersebut.

Sudah bersedia untuk trade minggu ini? Baca dulu artikel ini!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat