Data Domestik Jepun Menguatkan Lagi Spekulasi Pelonggaran Polisi Oleh BOJ

250

Sesi pasaran Asia menyaksikan dagangan safe-haven Yen kekal lemah berikutan sentimen pasaran semasa yang kian pulih disebabkan oleh perkembangan positif rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China.

Melihat kepada data domestik pula, bacaan data pesanan mesin di Jepun untuk bulan Julai mencatatkan bacaan yang lemah ekoran permintaan global yang perlahan serta pelaburan korporat pada ekonomi ketiga terbesar dunia itu yang terjejas akibat risiko perang dagang.

Pejabat Kabinet menerbitkan bacaan pesanan teras yang jatuh 6.6% pada Julai selepas peningkatan tinggi pada Jun dengan kadar 13.9%, iaitu kenaikan terbesar bulan ke bulan sejak dibandingkan data yang bermula pada tahun 2005.

Jepun juga telah mengemaskini penurunan pada partumbuhan pengeluaran domestik kasar untuk suku tahun kedua pada Isnin setelah kemerosotan pada bacaan modal perbelanjaan atas faktor permintaan korporat yang terjejas kesan daripada perang dagang.

Di samping itu juga, keyakinan perniagaan dalam kalangan pengeluar di Jepun telah menurun ke paras paling lemah untuk tempoh enam setengah tahun.

Dengan risiko pada unjuran, menguatkan lagi spekulasi bahawa Bank of Japan (BOJ) bakal melonggarkan lagi polisi monetari pada mesyuarat minggu hadapan untuk mengurangkan impak permintaan luar yang lemah serta mengawal matawang Yen dalam pasaran.

Keputusan bank pusat Jepun itu juga turut dipengaruhi oleh faktor perbelanjaan isi rumah yang perlahan ekoran para pengguna mengurangkan perbelanjaan sebelum pelan kenaikan cukai 10% dilaksanakan pada bulan hadapan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat