Data Ekonomi AS Kukuh Dorong USD/JPY Melonjak Ke Paras Tertinggi 6 Bulan!

279

Data ekonomi Amerika Syarikat yang mencatatkan bacaan yang kukuh semalam telah melonjakkan dagangan dolar USD pada sesi New York berbanding matawang utama yang lain.

Data yang menjadi tumpuan pada Rabu adalah bacaan pertumbuhan GDP Amerika Syarikat untuk suku tahun ketiga dengan bacaan yang meningkat kepada 2.1% berbanding jangkaan 1.9%.

Turut mencatatkan peningkatan ketara adalah data pesanan barangan tahan lama untuk bulan Oktober yang meningkat kepada 0.6% berbanding jangkaan kenaikan 0.2% daripada bacaan penurunan -0.4% pada bulan sebelumnya.

Data perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat juga meningkat seperti yang dijangkakan kepada paras 0.3%.

Pergerakan kenaikan ketara harga turut dipamerkan pada carta pasangan matawang USD/JPY pada dagangan semalam.

Kenaikan harga telah mencatatkan paras tertinggi enam bulan sejak dagangan Mei lalu mencapai paras ketinggian pada 109.600.

Harga turut mencatatkan kenaikan harian sekitar 60 pips semalam dari paras 109.000. Pergerakan harga perlahan pada sesi Asia semalam sebelum lonjakan harga berlaku pada sesi New York melepasi paras ketinggian mingguan pada 109.200.

Bersambung pada dagangan sesi pasaran Asia hari ini pula, harga kembali menunjukkan penurunan ekoran permintaan terhadap matawang Yen Jepun dalam sentimen pasaran yang agak berisiko.

Ini adalah disebabkan kebimbangan pelabur terhadap rang undang-undang Amerika Syarikat yang menyokong penunjuk perasaan Hong Kong yang bakal membangkitkan kemarahan pihak China.

Jika sentimen pasaran terus berisiko, harga dijangka akan kembali membuat penurunan semula dan akan cuba melepasi garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) dan juga paras 109.200 pada zon RBS (resistance become support) yang terbaru.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menguji semula paras tumpuan 109.00 sebelum menuju ke paras lebih rendah ke sekitar 108.700.

Sebaliknya jika harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, harga akan terus naik lebih tinggi untuk mencatatkan paras ketinggian bulanan terbaru dan juga paras tertinggi untuk tempoh 6 bulan.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat