Data Ekonomi AS Yang Positif Gagal Menyokong Sentimen Pelabur Ekuiti

193

Data tinjauan laporan Institusi Pengurusan Bekalan (ISM) menunjukkan aktiviti pembuatan Amerika Syarikat (AS) meningkat pada Mei dengan permintaan barangan kekal utuh disebalik kenaikan harga.

Namun, bacaan data positif tersebut gagal menukar sentimen kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi yang tinggi dan kemelesetan yang berlaku akibat lonjakan harga.

Selain itu, pasaran juga masih dibayangi keresahan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) serta impak krisis Rusia-Ukraine terhadap harga makanan dan komoditi.

Ulas ketua pegawai pelaburan Running Point Capital Los Angeles, Michael Ashley Schulman, pasaran dibelenggu ketidakpastian melampau dan perkara ini mengeruhkan lagi sentimen pelabur.

Ekoran itu, ekuiti melanjutkan momentum bearish dengan indeks MSCI saham seluruh dunia turun 0.81% sementara indeks STOXX 600 pan-Eropah jatuh 1.04%.

Di Wall Street, indeks purata Dow Jones Industrial susut 0.54% pada 32,813.23, S&P 500 hilang 0.75% pada 4,101.23 dan Nasdaq Composite turun 0.72% pada 11,994.46.

US Dolar memanfaatkan kejatuhan ekuiti dengan aset safe-haven tersebut melonjak 0.786% berbanding Euro yang susut 0.79% pada $1.0648 ekoran tekanan inflasi zon Eropah yang mencanak.

Seiring lonjakan itu, hasil Perbendaharaan AS juga mencanak di sebalik sesi dagangan tidak menentu dengan penanda aras hasil 10 tahun capai paras tertinggi 2 minggu pada 2.9149% sementara hasil 2 tahun naik paras tertinggi 2 minggu pada 2.6517%.

Sedikit mengenai komoditi, harga minyak kekal tinggi dengan keputusan pengharaman import minyak Rusia sungguh pun sekatan Covid-19 di China dilonggarkan.

Pasaran minyak positif dengan dagangan minyak mentah Brent naik 0.18% pada $115.81 setong dan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) capai 0.04% pada $114.72.

Spot emas tambah 0.5% pada $1,845.70 per auns sementara niaga hadapan emas AS capai 0.28% pada $1,847.90 per auns disebalik pengukuhan US dolar dan hasil bon AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat