Data Ekonomi China Merosot, Bantutkan Kenaikan Pada Dagangan AUD/USD

296

Sesi pasaran Asia hari ini diceriakan dengan harapan terhadap pemulihan situasi penularan wabak pandemik dengan keputusan awal penggunaan ubat Gilead yang berpotensi menjadi penawar Coronavirus.

Matawang safe-haven US dolar pamerkan penyusutan pada dagangan penghujung minggu ini sementara matawang komoditi bakal didagangkan meningkat.

Dolar Australia berjaya pamerkan kenaikan pada awal sesi Asia, namun data ekonomi China yang diterbitkan sebentar tadi dilihat kurang memberangsangkan dan membantutkan pengukuhan Aussie.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD pada Rabu telah menunjukkan penurunan harga setelah kenaikan pada awal minggu mencapai paras ketinggian pada 0.6440.

Seterusnya harga telah membuat penurunan sekitar 170 pips dengan pergerakan semalam lebih mendatar pada zon tumpuan harga sekitar 0.6300.

Namun kenaikan mula dipamerkan pada sesi Asia dengan sentimen pasaran yang kembali positif di mana harga telah mencapai paras ketinggian sekitar 0.6380.

Harga kembali membuat penurunan semula menuju paras sokongan Moving Average 50 (MA50) yang berjaya dilepasi pada awal dagangan Asia bermula.

Kenaikan harga berkemungkinan akan menuju semula paras resistance pada ketinggian 0.6440 untuk harga cuba mencatatkan paras ketinggian mingguan terbaru melepasi resistance tersebut.

Sebaliknya jika harga membuat penurunan semula, paras terendah harian semalam sekitar 0.6264 akan dilepasi harga sebelum penurunan lebih rendah diteruskan.

Destinasi penurunan selanjutnya dilihat akan menuju zon RBS (resistance become support) pada 0.6200.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat