Data Ekonomi di China Merosot Pada Bacaan Sesi Asia Hari Ini

440

Matawang AS Dolar lebih tertekan pada sesi dagangan Eropah selepas Rizab Persekutuan (FED) memberikan gambaran pada minit mesyuarat Disember bahawa bank pusat bersedia untuk mengekalkan kadar faedahnya oleh kerana kebimbangan mengenai pertumbuhan global dan kadar inflasi yang masih lemah. Ahli FED menunjukkan mereka mampu untuk “bersabar” tentang kenaikan kadar pada masa depan.

Sementara itu, AS-China memanjangkan lagi perbincangan perdagangan di Beijing sekaligus menyokong harga minyak mentah dan sentimen pasaran global. Hal ini juga telah meningkatkan nilai matawang Yuan berbanding USD ke paras tertinggi sejak Ogos.

Beralih pada sesi Asia hari ini pula, indeks harga pengeluar (PPI) dan indeks harga pengguna (CPI) China mencatatkan kejatuhan yang kurang daripada jangkaan untuk bulan Disember dimana data PPI, yang mengukur kenaikan harga sebelum mereka mencapai peringkat pengguna, menurun kepada 0.9% daripada 1.6% ramalan pasaran. Laporan daripada South China Morning mengatakan harga kilang ini telah merosot selama enam bulan berturut-turut. Manakala harga peringkat pengguna pula iaitu CPI menyusut kepada 1.9% daripada 2.2% pada November.

Beralih pada perkembangan di zon Eropah, matawang EURO kembali didagangkan mengukuh terutamanya berbanding USD namun data ekonomi zon Eropah masih lagi lemah daripada ramalan sejak beberapa bulan kebelakangan ini terutama di Perancis dan Jerman. Bukan itu sahaja, Bank Pusat Eropah juga diunjurkan akan terus dengan dasar akomadatif pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat