Data Ekonomi Sesi Eropah Gagal Perkukuhkan Euro dan Sterling

569

Pound Sterling pada dagangan sesi Eropah hari ini menunjukkan kejatuhan nilai dagangannya dengan penurunan dipaparkan pada carta harga bersama pasangan matawang utama yang lain. Penurunan harga didorong oleh kegusaran para pelabur menjelang data pekerjaan Britain yang dijangka merosot.

Pada jam 4.30 petang, data pekerjaan dikeluarkan dengan bacaan keseluruhan dilihat agak bercampur-campur.

Data yang menjadi tumpuan utama iaitu indeks purata pendapatan yang mewakili 3 bulan data, mencatatkan kenaikan lebih tinggi iaitu pada kadar 3.4% mengatasi jangkaan kekal di paras 3.1% seperti bacaan terdahulu.

Selain itu, kadar pengangguran pula kekal di paras 3.8% seperti yang dijangkakan oleh pasaran. Kadar tersebut merupakan paras terendah untuk tempoh 44 tahun.

Namun begitu, bilangan tuntutan bagi yang tidak bekerja di UK meningkat kepada 38,000 orang pada bulan Jun 2019, diikuti bacaan 24,500 orang pada data yang dikemaskini pada bulan sebelumnya. Jumlah tersebut jauh lebih tinggi berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran dan juga merupakan angka kenaikan tertinggi bulanan sejak Mei 2009.

Turut menjadi perhatian pada sesi Eropah adalah dagangan Euro yang memberi reaksi terhadap data ekonomi yang dikeluarkan.

Dolar Euro turut mencatatkan penurunan pada dagangan pada sesi Eropah selepas mendatar pada sesi Asia, mengiringi kejatuhan dagangan Sterling.

Tumpuan adalah pada sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW dengan catatan angka yang lebih rendah iaitu -24.5 berbanding jangkaan penurunan -22.1 daripada bacaan -21.1 yang terdahulu.

Sementara, data imbangan dagangan mencatatkan bacaan yang positif dengan lebihan dagangan meningkat kepada EUR 23.0 bilion untuk bulan Mei berbanding jangkaan kenaikan EUR 16.9 bilion daripada EUR 15.3 bilion.

Kadar eksport meningkat kepada 7.1% berbanding tahun sebelumnya manakala kadar import perlahan kepada 4.2%.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat