Data Ekonomi UK Gagal Suntik Lonjakan GBP/USD Minggu Ini

306

Dagangan Pound Sterling gagal untuk mengukuh menuju penghujung minggu selepas data-data ekonomi tumpuan bank pusat diterbitkan pada minggu ini.

Laporan data pekerjaan UK diterbitkan agak bercampur dan melihatkan reaksi pasif Pound pada Selasa. Sementara data inflasi UK yang diterbitkan Rabu semalam mencatatkan peningkatan walaupun gagal mengatasi ramalan peningkatan, turut gagal menyuntik lonjakan nilai Pound.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat kembali susut dari paras ketinggian 1.40000 selepas menguji zon resistance tersebut pada Selasa.

Dagangan Rabu semalam pergerakan harga lebih perlahan dan mendatar menguji paras 1.39000 sebelum menutup dagangan sesi New York sekitar 1.39200.

Penurunan harga juga terhad ekoran pergerakan lemah US dolar dalam pasaran dibayangi penurunan pada hasil bon kerajaan AS.

Menyambung dagangan pada Khamis, harga sedikit meningkat pada sesi Asia untuk menguji halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang akan memberi petunjuk arah pergerakan selanjutnya.

Jika harga berjaya melepasi halangan tersebut, kenaikan berkemungkinan akan diteruskan untuk menguji sekali lagi rintangan 1.40000 pada minggu ini.

Kenaikan lebih tinggi akan mensasarkan sehingga ke paras ketinggian terbaru sekitar 1.41000 pula sebelum ke paras ketinggian yang dicapai pada Februari iaitu pada 1.42000.

Sebaliknya jika harga terus jatuh untuk mengakhiri dagangan minggu ini di paras lebih rendah, penurunan harga bakal tertumpu ke arah zon RBS (resistance become support) 1.38000.

Seterusnya zon support pada 1.37000 akan menanti kejatuhan harga yang berterusan untuk menyokong semula kenaikan harga.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat