Data Ekonomi UK Kurang Memberangsangkan, GBP/USD Bakal Turun Di Bawah Paras 1.2500?

925

Pound Sterling dilihat bergerak lemah pada dagangan awal minggu sementara tumpuan pasaran semalam terarah pada ucapan Gabenor bank pusat England, Andrew Bailey.

Namun, beliau tidak memberikan petunjuk signifikan dengan hanya menyatakan bahawa ekonomi sedang menunjukkan pemulihan. Beliau menambah, masih banyak perkara perlu dilakukan dan mengulangi bahawa kebimbangan terhadap sektor pekerjaan di UK.

Walaupun komen beliau tidak begitu memberi impak terhadap pasaran, namun dagangan Pound kekal lemah susulan faktor ketidaktentuan rundingan Brexit serta kebarangkalian untuk Bank of England (BOE) untuk menurunkan kadar faedah ke paras negatif.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD, harga dilihat gagal melepasi paras ketinggian 1.26600 selepas kenaikan pada sesi Asia tidak berjaya menembusi zon resistance tersebut.

Penurunan kemudiannya telah bergerak lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50), mencatatkan penurunan harian sekitar 110 pips ke paras 1.25500.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga bergerak mendatar di sekitar paras terendah harian semalam dan tidak memberi reaksi ketara pada data ekonomi UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah.

Data pertumbuhan GDP UK untuk bulan Mei mencatatkan peningkatan kepada 1.8% daripada penyusutan -20.4% sebelumnya, namun tidak mencapai jangkaan 5.5%.

Penurunan lebih rendah harga dijangkakan akan menuju paras tumpuan 1.25000 di zon RBS (resistance become support) sebelum penurunan seterusnya menuju zon RBS sekitar paras 1.23600.

Seterusnya, zon support pada 1.22500 akan menjadi tumpuan harga sekiranya harga masih kekal meneruskan penurunan.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan dan melepasi halangan dinamik MA50, paras resistance 1.26600 akan kembali diuji.

Harga yang berjaya menembusi zon resistance tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru berkemungkinan menuju zon resistance seterusnya pada julat harga 1.27500-1.28000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat