Data Ekonomi Zon Eropah Pengaruhi Dagangan Semasa EUR/USD

472

Setelah gagal melepasi kenaikan pada paras tumpuan 1.11800 dua hari berturut-turut, dagangan pada pasangan matawang EUR/USD kembali meneruskan penurunan ke paras terendah untuk bulan Mei sekitar support 1.11400.

Tumpuan Euro pada hari ini adalah data-data ekonomi pada zon Eropah khususnya di Jerman dan Perancis.

Data pertumbuhan GDP suku tahunan menepati jangkaan pada kadar 0.4% oleh pasaran iaitu kekal seperti bacaan suku tahun sebelum ini.

Data PMI perkhidmatan dan perkilangan di Perancis mencatatkan bacaan yang baik dan meningkat berbanding bacaan sebelum ini dan juga jangkaan pasaran.

Namun data PMI di Jerman sebagai ekonomi terbesar zon Eropah pula mencatatkan sedikit penurunan pada bacaan data kali ini.

Harga pada EUR/USD sejak sesi Asia pagi ini dilihat membuat penurunan ke paras support 1.1138 (MagicS1) menjelang data-data ekonomi zon Eropah dikeluarkan pada petang ini.

Harga dilihat menguji paras support MagicS1 tersebut yang merupakan paras terendah harga untuk bulan Mei dan penurunan yang berjaya diteruskan bakal menguji pula paras support pada April di sekitar paras 1.1127 (MagicS2).

Penurunan seterusnya dijangka akan menuju ke paras support 1.1106 (MagicS3) dengan merekodkan paras terendah yang terbaru sejak dagangan Mei 2017.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula dan berjaya melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dijangka akan dituju harga adalah pada zon SBR (support become resistance) pada 1.11800 yang gagal ditembusi harga pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.1138, 1.1127, 1.1106.

Paras resistance: 1.1169, 1.1190, 1.1201.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat