Data Ekonomi Zon Eropah Positif Dorong Kenaikan Pada EUR/JPY

304

Risiko dalam pasaran kian pulih walaupun tumpuan masih terarah pada perkembangan isu Amerika Syarikat dan Iran susulan insiden serangan minggu lalu yang menyebabkan korban nyawa.

Dagangan safe-haven Yen mula menunjukkan sedikit penyusutan berbanding pengukuhan yang diraih ekoran permintaan dalam suasana pasaran yang berisiko.

Dolar Euro pula menunjukkan peningkatan pada dagangan awal minggu ini selepas data-data ekonomi yang diterbitkan pada sesi Eropah semalam menampilkan bacaan yang positif keseluruhan.

Bermula dengan data jualan runcit di Jerman yang melonjak pada November, data PMI perkhidmatan di zon Eropah kemudiannya turut mencatatkan bacaan yang meningkat.

Dagangan Euro berbanding Yen pada carta harga EUR/JPY kembali mempamerkan kenaikan semalam selepas siri penurunan harga pada minggu lalu.

Harga membuat kenaikan dari paras sekitar 120.300 pada awal sesi Asia melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) sehingga mencapai paras ketinggian pada 121.400 pada penghujung dagangan sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan dan masih menguji paras 121.400 semalam yang juga merupakan zon SBR (support become resistance).

Jika sentimen perang AS-Iran semakin reda, harga berkemungkinan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju zon SBR 121.800.

Kenaikan lebih tinggi diramalkan akan kembali menguji zon resistance Disember pada ketinggian 122.500.

Namun sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, harga akan cuba menembusi paras penting pada 121.000 sebelum bergerak lebih rendah di bawah garisan MA50.

Isyarat penurunan lebih jelas harga akan mendorong harga menguji zon support sebelum ini sekitar 120.100 dan juga 120.000.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat