Data GDP Memberi Tekanan Buat Emas Dalam Sesi Eropah!

40

Data GDP dan prospek kenaikan kadar oleh Fed telah memberi tekanan buat emas apabila didagang menurun dalam sesi Eropah.

Emas mula menjunam $1.35 atau 0.11% kepada $1,268.15 satu troy ounce.

Amerika Syarikat dijangka akan mengeluarkan data GDP negara tersebut pada pukul 8.30 malam ini.

Fed juga bersedia untuk menaikkan kadar jika keadaan ekonomi kekal pada landasan yang betul.

Prospek jangka masa pendek untuk emas dilihat suram berikutan beberapa data positif dari AS. Kenyataan agresif daripada pengawai-pegawai utama Fed mengenai kenaikan kadar juga mengubah hala tuju emas akhir-akhir ini.

Mesyuarat Fed yang seterusnya dijangka akan diadakan pada November ini.

Syarikat Berkaitan Kerajaan NFPC Mencatatkan Belanjawan Defisit!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat