Data GDP UK Merosot, Adakah Peluang SELL GBP?

924

Data GDP di Britain mencatatkan penurunan dengan bacaan angka yang merosot lebih rendah berbanding jangkaan pasaran. Data GDP unjuran bulanan yang dijangka ke paras sifar sebaliknya merekodkan kejatuhan lebih rendah ke paras -0.4%. Bacaan GDP untuk suku tahun keempat pula turun 0.2% lebih rendah berbanding jangkaan penurunan 0.3%.

Data pengeluaran kilang yang dijangka akan mencatatkan angka yang positif sebaliknya turut merosot dengan catatan penurunan sehingga ke paras -0.7% jauh lebih rendah berbanding bacaan data sebelumnya iaitu -0.1%.

Secara kasarnya, berdasarkan data ekonomi semasa UK, matawang Pound Sterling berkemungkinan akan didagangkan berisiko menjelang bacaan data inflasi pada Rabu pula. Dengan itu, pelabur melihat situasi tersebut sebagai peluang untuk dagangan jualan terhadap matawang GBP.

Team Analisis Intraday melihat peluang posisi dagangan pada chart pasangan matawang GBP/USD dan ini adalah perkongsian untuk anda. Matawang USD dilihat sebagai pasangan sesuai untuk dipadankan dengan Pound berikutan kelemahan pada nilai matawang tersebut. Sentimen pasaran semasa masih menyokong pengukuhan dolar USD buat masa ini dengan kebimbangan para pelabur terhadap isu perang dagang AS-China serta risiko pertumbuhan ekonomi global.

Antara paras yang perlu diberi perhatian adalah pada sekitar 1.29300-1.23400 yang merupakan zon SBR (support become resistance) pada chart GBP/USD. Jika harga dilihat gagal melepasi kenaikan pada zon tersebut, anda boleh mempertimbangkan untuk posisi SELL GBP/USD dengan jarak SL dan TP yang sesuai dengan kawalan risiko anda sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat