Data GDP Zon Eropah Sedikit Mengecewakan Bagi Suku Kedua Tahun 2019!

141

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi zon Eropah hanya mencatat pertumbuhan yang sedikit bagi suku tahun kedua 2019 berikutan impak daripada pertumbuhan global yang perlahan disebabkan konflik perang dagang dan ketidakpastian dalam isu Brexit. Selain itu, turut mempengaruhi GDP zon Eropah ialah kejatuhan dalam pertumbuhan GDP Jerman.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Kesatuan Eropah, GDP kesatuan Eropah hanya bertumbuh sebanyak 0.2% bagi sukuan kedua berbanding sukuan sebelumnya yang mencatat pertumbuhan sebanyak 0.4%. Bagi kiraan tahunan, GDP EU bertumbuh sebanyak 1.1% bagi suku kedua, bacaan ini sejajar dengan jangkaan pakar ekonomi.

2 faktor utama yang memberi kesan kepada pertumbuhan GDP ialah kejatuhan GDP Jerman sebanyak 0.1%. Dengan ini, negara ekonomi terbesar zon Eropah itu hanya mampu mencatat pertumbuhan sebanyak 0.4% bagi sukuan kedua berbanding sukuan pertama yang mencatat 0.9%. Turut mempengaruhi pertumbuhan GDP kesatuan Eropah ialah pertumbuhan global yang bertumbuh secara perlahan.

Disisi lain, pertumbuhan pekerjaan di Eropah telah bertumbuh secara perlahan kepada 0.2% pada sukuan kedua daripada 0.4% sukuan pertama. Pengeluaran industri zon eropah juga mencatat kejatuhan iaitu jatuh kepada 1.6% pada bulan Jun.

Menurut pengamatan pakar ekonomi, dua ekonomi besar zon Eropah (Jerman dan Perancis) menunjukkan ketidakpastian dari segi aspek pekerjaan berikutan pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan impak perang dagang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat