Data Harga Pengeluar Hadirkan Sedikit Kelegaan Di Tengah The Fed Masih Dihimpit Dilema Besar?

287

Harga borong mencatatkan penurunan yang tidak dijangka pada bulan Februari, memberikan beberapa berita yang menggalakkan mengenai inflasi apabila Rizab Persekutuan mempertimbangkan langkah seterusnya mengenai kadar faedah.

Indeks harga pengeluar jatuh 0.1% untuk bulan itu, berbanding anggaran Dow Jones untuk kenaikan 0.3% dan berbanding dengan kenaikan 0.3% pada bulan Januari berdasarkan laporan Jabatan Buruh pada hari Rabu. Pada asas 12 bulan, indeks meningkat 4.6%, jauh di bawah paras 5.7% yang disemak menurun daripada bulan sebelumnya.

Waima begitu telah dimaklumi bahawa harga pengguna A.S. meningkat dengan agak kukuh pada Februari apabila rakyat Amerika berhadapan dengan kos sewa yang lebih tinggi secara berterusan, menimbulkan dilema bagi Rizab Persekutuan kerana perjuangan melawan inflasi telah membawa kepada bibit-bibit kejatuhan dua bank.

Ahli ekonomi tidak bersetuju sama ada laporan daripada Jabatan Buruh pada hari Selasa, yang juga menunjukkan harga asas pengguna meningkat paling banyak dalam tempoh lima bulan, akan memaksa the Fed untuk mengutamakan mengawal inflasi atau memberi tumpuan kepada kestabilan pasaran kewangan.

Ada yang menjangkakan kenaikan kadar faedah suku mata manakala yang lain percaya akan adanya jeda dalam kitaran pengetatan dasar monetari terpantas bank pusat A.S. sejak 1980-an. Pengawal selia telah mengambil langkah kecemasan untuk meningkatkan keyakinan dalam sistem perbankan berikutan kejatuhan Silicon Valley Bank di California dan Signature Bank di New York.

The Fed terpasa membuat pilihan sama ada bertolak ansur dengan sedikit inflasi untuk melihat sama ada siri kenaikan kadar semasanya akan bertahan dan berhenti sebentar atau terus menaikkan kadar,” kata Jamie Cox, rakan kongsi pengurusan di Harris Financial Group di Richmond, Virginia.

Walaupun terdapat penurunan dalam kadar inflasi tahunan, dan kegawatan industri perbankan baru-baru ini, pasaran kewangan masih menjangka The Fed akan meningkatkan kadar faedah apabila ia bermesyuarat minggu depan.

Harga pasaran menunjukkan peningkatan 0.25 mata peratusan dalam kadar dana persekutuan, menjadikan tahap peminjaman penanda aras kepada julat sasaran 4.75%-5%.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat